Sabtu, 18 April 2020

Di Sebuah Hotel

Kisah seram di sebuah hotel
Dimana Kebenaran Tidak Diketahui... .cuma sesapa yang pernah mengalami nyer
Assalamualaikum... Nama aku Amer Eddiey. Ni aku nak cerita lah jugak peristiwa yang terjadi pada diri aku. Masa tu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat. Aku saja jer pusing pergi kat PD masa tuh sebab aku nak lihatlah jugak pantai dia.. Boleh lah tahan lawa, tapi lawa tempat aku lagi laaa.. hehehe
Nak dijadikan cerita tanpa disedari hari dah malam. Aku nak teruskan perjalanan rasa dah tak larat. Selalunya kalau aku jalan jauh, mesti ade sorang lagi member aku yg reti bawak kereta. Tapi kali ni aku sorang jer. Aku ambil keputusan untuk bermalam jer dekat hotel kat situ. Jarum jam dah 8.45 malam, aku terus gi kaunter hotel situ. Lepas dapat kunci aku terus laa ke Bilik 12, aku masih ingat lagi nombor bilik tu. Lepas mandi aku terus jer baring kat katil tu. Punyalah lena aku tido sampai tak sedar dah pukul 12.30 mlm. Perut aku menangis mintak diisi. Aku pun bersiap untuk keluar makan.Bila jer aku nak buka pintu bilik hotel, tetiba pintu tu tak leh bukak. Ntah camanalah tak bole bukak. Aku ketuk ketuk pintu tu.. sampai sakit tangan aku. Dah sejam lebih aku cuba buka pintu tu namun sesia jer usaha aku tu. Aku cuba gak guna tel yg ade dlm hotel tuh.. tapi kenapa lah tak bole guna pulak.. dlm hati aku rasa nak tumbuk jer idung pemilik hotel ni. Aku dah tak tahu nak buat apa, aku baring kat katil sambil dengar walkman. aku ingat lagi lagu yg aku dengar Nur Nilam Sari. Mata aku dah nak lelap balik. Tetiba aku terdengar suara lembut manggil aku..
Amerrrr,, Ah.. Ilusi aku jer tuh... Lapas tuh aku dengar lagi. Amerrr
tolongg. Aku cabut earphone kat linge aku. Aku bukak mata.. bilik aku gelap.. serentak ngan tu aku dengar suara tak putus putus manggil aku. Suara tu datang dr katil sebelah aku jer.. ya rabbi.. tuhan jer yg tau betapa takutnya aku time tuh.
Aku selimut seluruh badan aku ngan kain selimut. Suara tadi tak
putus-putus panggil aku.. Aku gabra gile.. aku pun cuba jawab. Aku tanya dia, kau sapa.. Dia kata dia nama Marina..dia kata dia mati dalam bilik ni kerana dibunuh oleh kawan dia sendiri. Ya Allah.. aku tidur dalam bilik org mati rupanya.
Aku terus baca ayat quran yg aku ingat.. ntah ayat apa yg keluar masa tuh.. aku tutup kepala aku ngan bantal.. tapi masih dengar suara tuh. Aku menjerit mintak tolong. habis suara aku..tapi kenapa suara aku org tak dengar. Aku hanya dengar suara tadi mengilai ngilai. Aku dah tak tahu nak buat apa.. aku baring jer cam patung atas katil tu. Aku dengar sayu sayu suara tadi menangis, mengilai dan macam macam bunyi.
Dah sekian lama aku pun tak sedar bile aku tertidur.. Aku bukak mata.. hari dah siang jam 11.00 pagi.. Aku kemas barang barang aku, aku nak keluar dr hotel tuh. Aku bukak pintu bilik tuh.. ehh senang lak bukak pintu tu..
Bila aku gi kat kaunter nak bayar sewa.. aku marah marah kat staff situ sebab pintu susah nak bukak dan tel tak leh guna..diorang gak tak dengar aku ketuk pintu dan jeritan aku malam tadi. bila aku cakap no blik 12, dia kata dia dah hantar org untuk kemas dlm bilik 12 tapi tak de org tinggal dlm tu. Aku bertekak ngan diorang dan aku ajak ke blik yg aku tidur malam tadi.. tapi camanalah bilik yg aku tidur tuh nombornya 15, bilik tuh hujung sekali.. bilik nombor 12 padahal dekat ngan tangga.. Sah aku silap bilik.. tapi kenapa kunci bole bukak bilik tuh..Lepas tuh sorang staff dia tarik aku.. dia cakap.. bukan aku sorang
kena camni. Sebelum ni ade jugak yg terkena, dia pun ceritalah, bilik hujung tuh sememangnya berkunci sebab bilik tu keras. Aku heran,,, kenapalah mata aku kabur tak nampak no bilik. Aku pun terus beredar dr hotel tuh tanpa kena bayar sebab aku dikira bermalam dalam bilik yg sepatutnya.
Semuanya telah terjawab... Aku tak sangka aku bermalam dalam bilik org kena bunuh.. sekian..
Nama hotel tak bole aku sebut.. kerana nak jaga lah skit perniagaan diorang.. berhati-hati lah bile sewa hotel. *